Saturday, June 28, 2008
at
5:57 PM
|
Credit to http://kahkahkah.mnazman.com
1)Terberanak dalam lif
Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.
"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"
Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....
2) Think 1st b4 …
Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.
* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.
* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?
* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.
* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.
* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.
* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...
* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!
3) Satu hari di klinik swasta...
Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.
Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?
Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.
Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,
Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?
Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!
Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...
Doktor: Hang pesal lak ni?
Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!
4) Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,
"Apsal kau ni asyik menggigil je?"
"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.
"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.
"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.
"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.
"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."
"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."
"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.
"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.
Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,
"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Posted by
fedora core
Labels:
lawak biawak
1 comments:
wei fatui awat blog hang sepi jer tak dak pengunjung? kurang promosi ka? ataupun kurang menarik? Tak kan aku dgn hang ja duk sembang pi mai pi mai dlm forum
Post a Comment