LAUT Mati, nama yang disematkan pada tasik garam dengan garis terpanjang 67 kilometer (km) dan titik lebarnya 18 km memang mengerikan. Apa tidaknya, warga Arab menyebutnya sebagai Bahr al-Mayyit yang bermaksud Laut Mati.Yang pasti, tiada ada satu pun makhluk boleh hidup di laut itu termasuk ikan. Ini kerana kadar garam di tasik yang terletak sekitar 420 meter di bawah permukaan laut - terendah di permukaan bumi- sangat tinggi.Kandungan garam di Laut Mati dianggarkan lapan kali lebih tinggi berbanding sebahagian besar laut di dunia. Dengan tingkat kemasinan setinggi itu, tentu tidak ada seekor ikan pun yang boleh hidup di laut berkenaan.Apabila disebut Laut Mati, ia pastinya dikaitkan dengan Jordan, iaitu sebuah negara berdaulat yang berada berhampiran dengan laut berkenaan.Jordan, pada satu masa dulu dianggap hambar kini menjadi antara pusat peranginan pilihan pelancong seluruh dunia. Negara itu kini menjadi tumpuan ahli perniagaan rantau Teluk dan juga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang ingin lari daripada kemelut di Iraq.
Posted by
fedora core
Labels:
The Day Before Tomorrow
0 comments:
Post a Comment