Thursday, October 9, 2008 at 6:03 PM |  









Hingga apabila dia [Zulqarnain] sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua-duanya kaum yang hampir tidak dimengertikan bahasa mereka. Mereka berkata, "Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Ma'juj itu, golongan yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami mengupahmu supaya kamu membuat dinding di antara kami dan mereka?" Zulqarnain berkata, "Apa yang telah Allah perkuatkan aku lebih baik. Justeru, tolonglah aku dengan kekuatan [manusia dan peralatan], agar aku membina dinding di antara kamu dan mereka." "Berikanlah aku kepingan-kepingan besi." Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua [puncak] gunung itu, Zulqarnain berkata, "Tiuplah [api]." Hingga apabila besi itu sudah menjadi [merah seperti] api, dia pun berkata, "Berilah aku tembaga [yang mendidih] agar kutuangkan ke atas besi panas itu." Maka mereka tidak mampu mendakinya dan mereka tidak mampu juga menembusinya. Zulqarnain berkata, "Ini [dinding] adalah rahmat dari Tuhanku. Maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh, dan janji Tuhanku itu adalah benar." Kami biarkan mereka di hari itu bercampur-aduk di antara satu sama lain, kemudian ditiup lagi sangkakala, lalu Kami kumpulkan mereka itu semuanya.

[Al-Kahfi: 93-99]

Hingga apabila dibukakan [tembok] Ya'juj dan Ma'juj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar [hari kebangkitan], maka tiba-tiba terbelalaklah mata golongan kuffar. [Mereka berkata] "Aduhai, celakalah kami. Sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah golongan yang zalim.

[Al-Anbia': 96-97]

AL-QURAN tak banyak cerita pasal Ya'juj dan Ma'juj ni. Sebabnya al-Quran bukan buku sejarah, bukan juga novel. Yang penting dalam kisah ni, adalah manusia mengambil iktibar kekuasaan Allah, yang boleh mencipta dunia ini, dan mampu menghancurkannya. Ya'juj dan Ma'juj adalah tanda kebesaran Allah, menunjukkan dunia ni makin hampir ke saat-saat akhirnya. Bila aku cerita sebelum ni, aku fikir hanya sebagai lintasan jurnal, tazkirah kepada diri sendiri dan juga kepada pembaca yang nak ambik iktibar. Sebab itu, aku cerita tak habis, aku kutip sikit-sikit. Tapi memandangkan ramai yang nak tau lebih lanjut, aku terfikir, kenapa aku tidak ceritakan secara lengkap, berdasarkan al-Quran, as-Sunnah dan sumber-sumber lain?

Tak seperti kitab-kitab suci Yahudi dan Kristian yang telah disongsangkan, al-Quran hanya menceritakan bagaimana Ya'juj dan Ma'juj ini boleh terperangkap dan bila pula mereka dapat tembusi sekatan itu dalam dua buah surah. Itu pun, surah pertama dalam tujuh ayat, dan yang kedua hanya dua ayat sahaja. Yang penting, kita ambil iktibar, betapa manusia yang semakin rosak dan merosakkan, akan bertemu dengan yang lebih rosak dan yang lebih merosakkan. Keangkuhan manusia tumpas juga!

Lughawiyyin [ahli bahasa Arab] berselisih pendapat dalam menentukan asal kalimah ni. Kebanyakan mereka beranggapan Ya'juj dan Ma'juj ni berasal dari kalimah asing, manakala sebahagian kecil lagi berpendapat memang dari bahasa Arab yang asal. Ada juga yang membacanya tanpa menyebut hamzah, maka jadilah Yajuj dan Majuj. Dalam bahasa Yunani, dorang panggil Gog dan Magog.

Ya'juj dan Ma'juj ni pun manusia cam kita. Mungkin sebelum ni kita menggambarkan mereka macam makhluk asing, ala, cam Aliens, Species, ET atau seribu satu lagi makhluk kat planet Zarqon. Pada zaman Nabi Nuh, Allah turunkan bala kepada manusia kerana engkar. Lalu seluruh dunia mengalami bah besar. Mungkinkah waktu bah besar ni, dinasor semua mati? Selepas bah, Nabi Nuh mendapat tiga orang anak. Ada disebut dalam hadis, nama-nama anak Nabi Nuh ni. Dari Sam, maka berkembang-biaklah umat Arab, Parsi dan Rum. Dari Ham, muncul pula bangsa Habshah, Zinj [orang kulit hitam] dan Nubah [satu bangsa yang tinggal sekitar selatan Aswan hingga Dunqalah, Sudan]. Dari Yafith nilah Ya'juj dan Ma'juj berasal, sekali dengan bangsa Turki dan Thaqalibah. Aku tak pasti Thaqalibah ni bangsa apa tapi macam bangsa yang telah lenyap dari bumi.



Ada ahli yang pakar dalam ilmu nasab-nasab ni, [antropologikah?] beranggapan bangsa lain yang keluar dari Yafith, ialah A'ri dan China. A'ri aku tak pasti bangsa apa, tapi dorang ada di India, Iran dan juga di Eropah. Jadi, mereka membuat kesimpulan, bangsa China, India dan Asia Timur juga berasal dari Yafith. Aku tak jumpa bangsa Asia Tenggara dari mana. Tapi mungkin juga kita semua ni dari Yafith, ada bau-bau stokin dengan Ya'juj dan Ma'juj. Boleh jadi kita pun berpotensi jadi bangsa perosak. Nengok kan perangai manusia bangsa kita pun, memang dah makin rosakkan? :) Rafthah terselamat pasal dia orang Arab, moyang dia Sam. Dalam hadis ada disebut jumlah mereka. Bukhari ada meriwayatkan antara hadis itu, yang menyebut setiap 1000 penghuni neraka, 999 terdiri dari Ya'juj dan Ma'juj, 1 pula dari kalangan manusia lain. Dalam satu hadis yang gharib, ada disebut mereka tak akan mati melainkan setelah meninggalkan lebih dari 1000 zuriat. Wallahu'alam sama ada betul atau tidak. Tapi kesimpulannya, memang Ya'juj dan Ma'juj ni banyak gila, melampau-lampau.

Allah tak memberitahu kat mana tempat mereka berkurung. Nasib baik Allah tak dedahkan, sebab manusia ni bukan boleh percaya sangat. Nanti ada pula manusia gila kuasa yang cuba bebaskan mereka dan konon-kononnya nak bekerjasama [tak pun nak berdakwah, ahaks!] untuk perintah bumi ni. Dengan Presiden Amerika Si Bush tak pun Israel dengan Ariel Sharon tu, memang tak boleh percaya.

Tapi ulama' dengan ijtihad mereka cuba mengesan kat mana mereka berada. Ibnu Abbas beranggapan mereka ni berada di sempadan Turki, berhampiran Armenia dan Azerbaijan. Al-Alamah Jamaluddin al-Qasimi menyebut, sebahagian ahli sejarah beranggapan, Ya'juj dan Ma'juj berada di belakang pergunungan Qauqaz di wilayah Daghistan. Tapi puak tu namaya Aquq dan Maquq, yang menjadi moyang kepada kebanyakan bangsa di utara dan barat kepada Rusia dan Asia. Abu A'la Maududi pula beranggapan Ya'juj dan Ma'juj ni ialah bangsa Rusia dan Utara China, yang dikenali sebagai bangsa Tatar, Monggol, Hun, Sabith dan lain-lain.






Ahli sejarah Yahudi, Busipus pula beranggapan mereka ni ialah kaum Shith yang mendiami di utara dan barat Laut Hitam. Intelektual Nasrani, Jirum pula berpendapat Ya'juj dan Ma'juj ni tinggal di utara Qafqaz, berhampiran Laut Khazr [aku fikir Laut Caspian]. Okey, kalau ikut realitinya, di antara Laut Caspian dan Laut Hitam ada banjaran gunung Qauqaz yang memisahkan antara bahagian utara dari selatan. Di sekitar banjaran tu ada laluan sempit yang dinamakan Darabal. Kat situ memang ada tembok besi yang dibina umat zaman dulu yang agak menyerupai ciri-ciri yang disebut dalam al-Quran tu.

Tapi kat kawasan tu tak ada sangat puak-puak barbaric melainkan yang kecil-kecil. Sebab tu ada sorang ustaz bagi tau aku [tapi aku lupa pula nak tanya dia ambil kat mana], tembok besi yang Zulqarnain tu bina sebenarnya memang tinggi sehingga sama taraf gunung, tapi Ya'juj dan Ma'juj terperangkap dalam bumi. Korang mesti ingat novel-novel Inggeris pasal penjelajahan bawah tanahkan? Ada sebuah filem, tapi aku lupa judol filem tu. Mungkinlah, dorang berinspirasikan kisah ni, kot. Tapi tulah, kuasa dan ilmu Allah, yang manusia sampai sekarang masih belum dapat selongkar. Dorang boleh agak tempat tu, tapi tak ada pula dorang jumpa kaum seperti tu. Aku fikir kalau dorang jumpa pun, tentu dorang dah mampus sebab kena bunuh dengan Ya'juj dan Ma'juj ni.

Camna nak kenal Ya'juj dan Ma'juj, ya. Sebab muka bukan cam Aliens yang Sigourney Weaver selalu bunuh tu, atau pun raksasa yang dulu tiap-tiap minggu ultraman dan ahli keluarganya duk bunuh, maka korang tentu tak sukar nak gambarkan wajah mereka. Ya'juj dan Ma'juj ni berwajah lebar, mata sepet, kulit kuning kemerah-merahan dan keputih-putihan [entahler warna apa nak ditulis] dan muka mereka cam perisai yang orang dulu pakai masa perang. Rambut dorang kelabu. Ada sesapa yang mirip ciri-ciri aku sebut tu? :)

Ya'juj dan Ma'juj ni keluar dari tembok besi tu lepas Nabi Isa yang diturunkan semula ke bumi berjaya membunuh Dajjal. Aku akan ceritakan Dajjal ni dalam catatan yang lain walaupun Dajjal muncul dulu. Maknanya, selepas Nabi Isa menghukum Yahudi dan fitnah-fitnah mereka, barulah Allah izinkan Ya'juj dan Ma'juj keluar.

Dalam satu hadis, Nabi bangkit dari tidur [dalam satu riwayat yang lain, Nabi masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi], lalu berkata, "Celakalah Arab kerana kejahatan telah hampir. Ya'juj dan Ma'juj telah menembusi tembok seluas ini." Nabi mengisyaratkan lubang dengan menemukan ibu jari dan jari telunjuk. Zainab pun bertanya, "Adakah kita akan dihancurkan sedangkan di kalangan kita golongan yang soleh?" Nabi membalas, "Ya, apabila kejahatan tersebar."

Maksud kejahatan tu, kefasikan dan kemungkaran. Ada ulama' yang beranggapan kejahatan tu merujuk secara khusus kepada zina. Agak-agak dah banyak tak zina kat dunia ni, eh, tengok kat Malaysia sudah lah. Ada sorang kadi yang bagi tau, dia pernah menahan pasangan yang buat projek atas motor. Atas motor, kawan! Ceritanya begini, dia naik kereta dia, kat depan tu ada motor. Yang peliknya, jalan tu rata je, tapi penunggangnya cam naik motor atas jalan yang tak rata, kira melompat-lompatlah motor tu. Dia pun kejar motor tu, dan bila dah berselisih, dia tengok yang bawa motor tu pompuan, penunggangnya laki. Yang pompuan pakai skirt yang singkat, yang laki seluarnya dah terlondeh hingga ke paha. Dia tahan motor tu. Kau bayangkan, dalam satu hadis nabi kat akhir zaman, manusia akan berzina di tepi-tepi jalan cam anjing. Ni kat tengah jalan, dan ni berlaku di Malaysia yang Dr. M yang kita kasihi kata negara Islam! So, kalau dah rasa kita ni kat akhir zaman, bawa-bawalah taubat.

Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah, ada cerita menarik. Ya'juj dan Ma'juj ni setiap hari cuba menembusi tembok besi tu. Setiap kali, mereka hampir selesai gali dan tembusi tu, matahari pun nak terbenam. So, Presiden Ya'juj dan Ma'juj pun arahkan balik dan sambung gali balik esok. Malam tu, Allah tambahkan tembok tu sekali ganda lagi. Sehinggalah suatu hari yang dijanjikan, Allah memang mengkehendaki mereka ni tersebar kat muka bumi, maka bila hampir selesai, dan seperti biasa, matahari nak terbenam, lalu Presiden tu pun suruh balik dan kata, INSYA-ALLAH kita sambung balik esok. Jadi, berkat si Presiden tu kata insya-Allah, maka tak ada tambah-tambah lagi dan kekal cam biasa. Besoknya, mereka gali sikit dan dapat tembusi lalu bertebaran kat muka bumi ni.

Dulu aku berhenti kat sinilah. Kalau aku berhenti juga kat sini, tentu korang pun tensen lagi. Kak Aquil terseksa lagi!

Fitnah Ya'juj dan Ma'juj ni terlalu besar dan tersebar kat muka bumi. Even Nabi Isa yang dapat mengalahkan Dajjal pun tak dapat menahannya. Dan memang janji Allah, Ya'juj dan Ma'juj ni tak ada sapa yang dapat kalahkan. So, Nabi Isa dan manusia akan bersembunyi ketika tu. Nabi Isa dan pengikut-pengikutnya waktu tu akan bersembunyi di Bukit Tur. Yang lain pun pandai-pandai cari tempat persembunyian sebab kalau jumpa dengan Ya'juj dan Ma'juj ni memang jadi arwahlah.

Sekumpulan mereka melalui Tasik Tabariyah, Palestin, lalu minum air tu sehingga satu puak yang lain bila sampai kat situ hanya berkata, "Dulu kat sini ada tasik." Maknanya dah kering tasik tu. Sesapa pun tak dapat menahan mereka.

Jadi bila Ya'juj dan Ma'juj ni dah tak jumpa manusia, sama ada kena bunuh atau sempat bersembunyi, lalu mereka pun mula berlagak gila bangkong. Presiden mereka pun naik ke atas puncak Bukit al-Khamr di Baitul Maqdis, lalu melaung sekuat-kuat yang boleh, "Sesungguhnya kita telah berjaya membunuh manusia yang berada di atas muka bumi. Mari kita bunuh pula yang ada di langit." Jadi mereka pun pakat-pakat panah langit. Allah nak main-mainkan mereka, lalu bila anak panah tu jatuh, berlumuran dengan darah. Maka mereka pun bertambah berlagak gila babi, babi gila pun tak berlagak cam tu.

Tapi Allah takkan biarkan hamba-hamba yang sentiasa taat macam tu. Lalu Allah turunkan ulat-ulat di belakang mereka. Ulat-ulat ni akan makan daging mereka cam serigala baham kambing. Ya'juj dan Ma'juj yang rasa kuat, gagah perkasa dan ego gila tu dikalahkan hanya dengan ulat-ulat kecil. Ingat pasal kisah Abrahah dengan tentera bergajah yang bongkak, hanya dikalahkan burung ababil dengan batu-batu kecil. Selalu Allah hukum orang yang rasa gagah perkasa ni macam tu, dengan haiwan atau benda yang kecil dan lemah. Jadi, kalau rasa tinggi gila, kaya gila, hebat gila, kuat gila, ingat suatu hari nanti, tak mustahil kita akan dikalahkan dengan makhluk yang selama ni kita pandang lekeh. Tu belum Allah turunkan dengan yang setanding. Tak tau nak gambarkan camner kalau Allah utuskan malaikatul maut dengan wajah mereka untuk menghancurkan Ya'juj dan Ma'juj tu.

Dengan ulat-ulat tu lah, maka Ya'juj dan Ma'juj mampus. Bila Nabi Isa dan umat manusia keluar dari tempat persembunyian. Pada masa tu, kerana bangkai-bangkai Ya'juj dan Ma'juj ni banyak, maka tak ada tempat kat muka bumi ni untuk berpijak melainkan atas bangkai-bangkai mereka. Camner nak buat ya, mana nak campak bangkai-bangkai tu kalau tak ada tempat yang kosong? Memang, kudrat manusia tak boleh nak buat apa-apa dah. Jadi dorang hanya dapat berdoa. Lalu Allah utuskan burung-burung yang bertengkok panjang. Mungkin burung ereng? Manakala panah dan busur tu pula orang Islam bakar selama tujuh tahun baru api tu padam. Allah turunkan hujan sehingga bumi bersih dan Allah perintahkan bumi supaya menumbuhkan pohon-pohon.

Selepas tu Nabi Isa dan umat manusia pun memulakan hidup. Tapi bukan cam akhir cerita dongenglah, and they live happily ever after. Nabi Isa akan menegakkan hukum Islam, ikut syariat yang dibawa Nabi Muhammad saw lah sebab, syariat Islam adalah penutup kepada syariat-syariat nabi lain. Nabi Isa juga akan menunaikan haji dan menziarahi Masjid Nabawi. Waktu tu keamanan dan keberkatan akan tersebar kat muka bumi.

Tapi sebab tu dah akhir zaman, maka keamanan dan keberkatan tu tak bertahan lama. Nabi Isa akan wafat. Tanda-tanda besar kiamat makin banyak berlaku. Dan pada suatu hari yang tarikhnya pada pengetahuan Allah, kiamat akan berlaku.

Aku cerita pasal Ya'juj dan Ma'juj ni bukan sekadar menghiburkan hati. Cerita ni bila kita dengar, sepatutnya kita makin insaf, kita sebenarnya berada di ambang kiamat. Maka sudah semestinya, bila kita sedar kita berada hampir begini, kita akan beramal soleh. Amal soleh, bukan hanya bererti duduk atas sejadah atau dalam masjid. Tapi amal soleh ialah melaksanakan apa-apa jua perintah Allah. Oleh kesempurnaan dan keluasan Islam ni, maka setiap amalan mesti berlandaskan Islam.

Bukanlah bermakna bila kita tau Nabi Isa pasti turun, bunuh Dajjal dan menghukum Yahudi, maka kita kena tunggu. Sebab Allah bukan tentukan pahala kita pada kejayaan kita, tapi kita dinilai pada apa yang kita buat. Kalau kita yakin, Islam akan menang, maka mestilah kita kerja untuk memenangkan Islam. Syarat kemenangan mesti dipenuhi, baru kemenangan dapat. Ya'juj dan Ma'juj, salah satu tanda besar kiamat. Sebelum tu, tanda-tanda kecil kiamat dah banyak berlaku. Kalaupun kiamat tu lambat lagi [ikut perkiraan manusia], tapi kematian bila-bila boleh berlaku. Lagi pun mati tu kan kiamat kecil bagi manusia!

Aku harap tak kira aku, atau engkau, akan dapat manfaat dalam kisah ni.

Credit to Budak Penang
Posted by fedora core Labels:

0 comments:

Visit the Site