Saturday, March 7, 2009
at
4:07 AM
|

Author : 4Core Konsep Kebebasan itu bagaimana? Adakah anda betul memahaminya seperti mana anda faham yang bila anda lapar, ubatnya ialah dengan makan. Semudah itukah huraian bebas? Atau bebas itu boleh dihuraikan dengan perkataan Demokrasi? sejauh manakah kefahaman anda terhadap demokrasi..adakah ia satu sistem yang memperjuangkan kebebasan..dan andainya kebebasan itu dapat menjamin keadilan, sudikah kiranya anda bertanya diri anda, adilkah sistem demokrasi?

Sudikah anda menerima amir sebagai finalis raja lawak sedangkan LNJ diwar warkan lebih layak dan konsisten berbanding dengan amir? cukup adilkah untuk bakat yang ada pada LNJ apabila ditewaskan gara-gara sistem undian yang dipakai? inikan sistem demokrasi....
Posted by
fedora core
Labels:
hal ehwal dunia
Thursday, February 12, 2009
at
5:21 PM
|

 Nabi Ibrahim a.s. telah ditugaskan oleh Allah untuk membina semula Kaabah yang rosak selepas taufan Nuh a.s. Saya berpendapat bahawa Melayu di Nusantara ini berpindah dengan membawa bersama teknologi tempat asal mereka (di Ur, Babylon) terutama teknologi binaan.
Saya ada alasan untuk menyatakan sedemikian. Jika anda rujuk dalam Sulalatus Salatin ada catatan bahawa Melayu berasal dari keturunan Raja Sulan dan mengetahui teknik membuat peti kaca (kenderaan yang boleh terbang) untuk ke laut (istilah kuno bagi utara) dan teknologi ini dipelajari dari Raja Sulaiman (Nabi Sulaiman a.s.).
Malah 3 anak Raja Sulan ini diberitakan membawa senjata canggih ketika mendarat di Bukit Siguntang Mahameru. Tidaklah menghairankan jika sebahagian teknologi ini tidak diwarisi lagi oleh keturunan Melayu kerana ilmu boleh lahir dan pupus dengan matinya orang-orang berilmu.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab agama maka sebahagian di antara mereka: Orang yang beroleh hidayat petunjuk dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik (derhaka).
Surah Al-Hadid 57:26
Orang China zaman silam memanggil Tanah Melayu sebagai Kun Lun. Menurut De Silva (1981) seorang ahli sejarah Sri Lanka mengakui bahawa penemuan arkeologi menunjukkan kebudayaan dan tamaddun yang dicapai oleh penduduk Asia Tenggara di zaman Hoabinhian (menurutnya seawal 15,000 tahun lalu) adalah lebih tinggi daripada apa yang pernah dicapai oleh penduduk Asia Barat, India dan China pada ketika itu.
Beliau juga telah membuat kesimpulan bahawa kemungkinan Asia Tenggara (dunia Melayu) adalah pengasas tamaddun manusia (The Cradle of Civilisation), bukan Asia Barat. Jika anda lihat adab orang Melayu, anda akan dapati bahawa Melayu cuba mengekalkan jatidiri mereka sebagai bangsa paling beradab.
Rumpun Melayu atau Melayu Polinesia atau Orang Nusantara adalah kelompok yang sangat besar, bukan saja di Nusantara tapi di kepulauan Pasifik (termasuk Hawaii), Oceania (Australia dan New Zealand), Taiwan dan Madagascar. Beribu-ribu tahun dulu, rumpun ni telah bertebaran sekitar kawasan yang disebut di atas melalui pelayaran dan bangsa Nusantara ni sangat terkenal sebagai pelaut yang handal hingga mampu sampai dan membuat penempatan di pulau- pulau yang jauh di tengah lautan.
Di Madagascar, mereka ni dikenali sebagai orang Merina dan di New Zealand sebagai orang Maori. Orang Maori di New Zealand sendiri mengakui bahawa nenek moyang mereka adalah pelaut dari kepulauan Melayu, begitu juga dengan bangsa Merina. Teori tentang pelayaran orang Nusantara ini didapati melalui kajian tentang bahasa yang di gunakan di tempat-tempat yang berkaitan. Bahasa-bahasa yang digunakan digunakan di kawasan ini tergolong dalam keluarga besar Bahasa Melayu Polinesia.
Diantara kumpulan ethnoliguistik utama di dunia, keluarga Nusantara yang dipanggil Malayo-Polynesia atau Austronesia oleh sarjana Barat telah mendominasi kawasan geografikal terbesar sebelum era moden. Dari Timur ke Barat kawasan besar ini meliputi dari Rapa-nui (Easter Island) ke Madagaskar (lebihkurang 60% lilitan bumi). Dari Utara ke Selatan ia termasuk kepulauan Taiwan (dipanggil Pekan oleh orang asal Nusantara), semenanjung Hawaii (dari perkataan Hava-iki atau Jawa Kecil sebagai sempena tanah asal bangsa Polynesia ini) dan New Zealand (Aotearoa dalam bahasa Maori).
Di luar Nusantara ini, kawasan lain yang dikunjungi oleh para pelayar Nusantara termasuklah bahagian utama Lautan Pasifik (ke Amerika Selatan) dan Lautan Indonesia, sejauh Afrika Timur. Melayu Indonesia merentasi Pasifik dari Afrika ke Easter Island, dari China ke laut karang di selatan. Penjelajahan Melayu silam ini adalah pencapaian pelayaran yang menakjubkan mana-mana pun bangsa lain. Merekalah yang memperkenalkan bahtera layar ke Pasifik 19 kurun yang lampau. Mereka mahir membaca pedoman bintang dan membuat carta-carta berkaitannya. Dalam sebuah kitab Arab bertajuk ‘Book of Miracles’ dicatat satu angkatan penjelajahan 300 bahtera Melayu ke Madagaskar pada tahun 945. Ada kemungkinan Melayu telah sampai ke pantai Afrika seawal zaman tersebut.
Hampir pasti pulau itu ditemui pada kurun pertama oleh penjelajah Melayu dari Indonesia tengah, yang punya hubungkait dengan datuk nenek orang-orang Kalimantan Tenggara. Tidak diketahui apakah yang menarik minat mereka untuk belayar begitu jauh ke Barat. Hingga kini tidak ada jawapan terhadap persoalan tersebut. Walau bagaimanapun, besar kemungkinannya bukan mereka saja orang Nusantara yang kerap menjelajah Lautan Indonesia di zaman itu.
Dan hakikatnya, para pedagang Melayu (iaitu dari kerajaan Nusantara yang berbahasa Melayu, dimana yang paling ketara ramai sebagaimana pernah ditulis oleh sarjana silam China adalah Melayu yang digelar orang Funan) yang telah berdagang antara Laut China dan negeri-negeri pantai Laut Indonesia, sejauh empayar Rom di barat daya.
Kemungkinan hadirnya Melayu di kawasan itu telah menyumbang kepada berkembangnya agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara. Pada masa datuk nenek orang Merina secara perlahan-lahan menjelajah dan menakluki Madagaskar, orang Nusantara yang lain berdagang secara aktif dengan pantai Afrika dan Timur Tengah. Barang dagangan utama ialah rempah, berbagai jenis batu permata, kulit, hamba sahaya dan sutera. Besar kemungkinan (dari rujukan-rujukan teks Arab) bahawa pangkalan perdagangan Melayu telahpun ditubuhkan di pantai-pantai Afrika ketika itu.
Saya catatkan semula. Nabi Ibrahim a.s. pada mulanya tinggal di Ur, Mesopotamia atau Babylon. Kemudian berpindah ke Haran dan kemudian barulah ke Kanaan (Palestin). Ini adalah sekitar 2166 SM hingga 1991 SM (4,000 tahun lampau). Baginda dikatakan berumur 175 tahun dan wafat tahun 2123 (1638 BCE). Ada pendapat menyatakan bahawa Ibrahim a.s. pernah berdakwah hingga ke Kemboja dan berkahwin dengan orang Kemboja dan inilah yang dikatakan asal usul Bani Jawi. Ibnu Athir berpendapat bahawa Bani Jawi itu berasal dari anak cucu Ibrahim dengan isterinya yang bernama Qatura atau Keturah. Adakah yang dikahwini oleh Ibrahim a.s. di Kemboja itu adalah Keturah tidaklah diketahui tetapi kisah Ibrahim a.s. menyuruh anak-anaknya dari Keturah agar berpindah ke Timur memang ada disebut dalam Taurat (Genesis 25:6).
Nabi Ibrahim mengahwini Keturah selepas kematian Siti Sarah. Ketika itu baginda berusia 137 tahun. Baginda dapat 6 anak hasil perkahwinan ini. Anak-anak dari Keturah ialah Zimran, Yakshan, Medan, Midian, Yishbak dan Shuach. Semua ini dicatat dalam Taurat iaitu Genesis 25:2-4. Memang ada kemungkinan juga bahawa nama Melayu itu berasal dari perkataan Malai-Ur sempena nama kerajaan Chaldea tempat asal Ibrahim a.s. Ada juga pendapat menyatakan bahawa Melayu berasal dari perkataan Malai dan Yunan.
Orang Melayu dikenali sebagai Orang Malai oleh beberapa bangsa lain (Inggeris memanggil Malay, India memanggil Malai Karen, China memanggil Malai Ren). Tapi orang Arab cenderung memanggil orang Melayu sebagai Bani Jawi. Orang Malai (orang bukit atau gunung) ini mungkin telah mendiami Kemboja sebelum kedatangan Ibrahim a.s. ke situ, dan hampir pasti Keturah adalah orang Malai. Anak-anak Keturah adalah dari darah Ibrahim a.s., berjumlah 6 orang dan salah satu dari 6 anak inilah bapa kepada Bani Jawi (ini menurut Ibnu Athir). Saya berpendapat bahawa Melayu dan Bani Jawi sebenarnya adalah bangsa yang satu.
Bani Jawi adalah nama yang digelarkan oleh orang Arab silam terhadap orang Melayu. Cuma Melayu itu dapat dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu Melayu-Proto (keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s.) dan Melayu-Deutro (keturunan Ibrahim a.s. dari isterinya Keturah).
Orang Melayu Muslim lebih gemar dipanggil Melayu Jawi, Orang Jawi atau Bani Jawi. Suku etnik Melayu termasuklah Acheh, Mendailing, Melayu Deli, Minangkabau, Kerinchi, Riau, Palembang, Sunda, Melayu Bugis (Makasar), Jawa, Melayu Sulu, Melayu Maluku, Banjar, Melayu Campa (Kemboja) dan lain-lain. Melayu kini seolah-olah sinonim dengan Islam, ini mungkin kerana sejak zaman berzaman bangsa Melayu terkenal sebagai bangsa monotheist (percaya pada keesaan Allah – Sang Hyang Tunggal atau Dewata Mulia Raya).
Bangsa Melayu di Nusantara dapat dilihat sebagai bangsa hebat yang menerima Islam secara hampir menyeluruh. Tidak ada bangsa yang menerima Islam seramai Bangsa Melayu, hinggakan bila seseorang itu memeluk Islam, ia dianggap masuk Melayu atau masuk Jawi. Paling jelas ialah Melayu di Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Kemboja, Pattani dan Mindanao. Sejarah membuktikan bahawa orang Melayu Nusantara memeluk Islam beramai-ramai dalam tempoh 60 tahun saja hasil peranan pendakwah yang juga berdagang di mana mereka ini (termasuk Wali Sembilan) berasal dari pedagang Tanah Arab.
Ini adalah catatan original dan tidak dibenarkan anda menyalinnya dalam apa bentuk pun melainkan mendapat izin bertulis dari saya - Hakcipta © 2006 oleh Ibnu Yusof.
Posted by
fedora core
Labels:
hal ehwal dunia
 Bangsa Melayu keturunan Nabi Ibrahim
Bangsa Melayu dikatakan berasal dari keturunan Nabi lbrahim a.s., begitu menurut Ibnu Athir, seorang ahli sejarah Islam terkenal di zaman lampau. Bangsa Melayu, menurut beliau, ialah Bani Jawi, iaitu keturunan lbrahim a.s., dari isterinya yang ketiga bernama Qatura. Bagi anak-anak dari keturunan Qatura ini, baginda telah memerintahkan agar berpindah ke timur dengan memberikan bekalan-bekalan yang perlu bagi memulakan hidup baru, maka mereka pun meninggalkan tanah Kanaan untuk berpindah ke timur.
Kemungkinan besar perpindahan demi perpindahan telah berlaku akibat berbagai sebab. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu pernah menduduki Tibet dan telah menamakan gunung Himalaya, yang mana di dalam bahasa Sanskrit adalah bermakna Gunung Melayu. Perkara ini berlaku lebih dari 2000 tahun yang lampau. Dikatakan juga bahawa bangsa Melayu yang tinggal di banjaran gunung itu telah berpindah pula ke selatan akibat dari peperangan demi peperangan yang berlaku di tanah besar Cina serta India dan akhirnya mereka menempatkan diri di selatan Thai serta Semenanjung Tanah Melayu. Ini adalah kisah perpindahan mengikut jalan darat.
Terdapat juga keturunan dari Kanaan ini yang datang mengikut jalan laut, iaitu mengikuti seorang raja yang bernama Mus, belayar ke timur dan mendarat di Palembang, Sumatera. Di sana terdapat bukti kedatangan beliau bersama rombongannya di mana sebuah sungai telah dinamakan sebagai Sungai Musi yang bererti Sugai Mus Punya.
Dikatakan bahawa Nabi Ibrahim a.s., itu melahirkan tiga keturunan yang besar, pertama ialah bangsa Arab, dari keturunan anaknya Ismail a.s., kedua ialah bangsa Israel dari keturunan Ishak a.s., dan ketiga ialah bangsa Melayu (Bani Jawi) dari keturunan anaknya menerusi perkahwinan dengan Qatura. Sejak dari zaman dahulu lagi orang-orang Arab memanggil kepulauan Tanah Melayu ini sebagai Tanah Jawi. Bani itu bererti anak- anak atau keturunan, sebagaimana juga nama Bani Lavi (Levi) dari puak Israel.
Bangsa Melayu telah melalui berbagai pengalaman semasa perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Kaumnya pun telah menganut berbagai-bagai agama bermula dari syari'at Ibrahim a.s., Hindu, Buddha, Kristen dan Islam. Kebanyakan dari ilmu pengetahuan bangsa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan pengetahuan bangsa India, Cina dan Jepun. Contohnya, dari segi ilmu senggama, praktik meletakkan kain putih di bawah pengantin perempuan pada malam pertama perkahwinan telah dipraktikkan oleh bangsa Cina dahulukala. Banyak pantang larang yang berkisar disekitar ilmu senggama Melayu juga mempunyai persamaan dengan apa yang diajar oleh bangsa India dan Cina. Asal usul seetengah-setengah dari praktik ini dipercayai berasal dari India, menerusi ajaran Hindu dan Buddha. Kemudian dari Sri Vijaya, Budi Dharma (seorang Melayu) telah pergi pula ke Cina dan Jepun bagi mengembangkan ajarannya, termasuklah bidang persilatan.
Kedatangan Islam menerusi saudagar-saudagar dari Hadratulmaut dan juga pengajaran dari Wali-wali Sembilan membawa fokus dakwah dari segi ilmu-ilmu mistik bagi menarik penganut-penganut Hindu pada masa itu yang tebal dengan ilmu mistik bagi memeluk Islam. Pemah dikatakan terjadi pertentangan ilmu antara Wali Sembilan dengan Ketua Sami yang bertapa yang berakhir dengan kematian Sami tersebut. Wali Sembilan juga dikatakan telah membina sebuah masjid dengan bertiangkan habuk- habuk kayu yang dijadikan tiang menerusi pengetahuan mistik. Dari cerita-cerita inilah kemungkinannya maka banyak ilmu yang berkaitan dengan perkara ghaib dikaitkan dengan Wali Sembilan walaupun sebenamya mungkin ilmu tersebut berasal dari ajaran Hindu atau Buddha. Saudagar-saudagar yang datang dari Hadramaut telah membawa ilmu-ilmu yang berasal dari jalinan budaya Hindu, Buddha, Islam dan budaya Arab, Israel, Rom dan Khurasan. Jalinan ini kelihatannya lebih menekankan cara jima' Islam, sedangkan praktik lain seperti ubat-ubatan dan sebagainya mempunyai pengaruh dari agama Hindu serta Buddha
Monday, January 19, 2009
at
2:29 PM
|
 Bekerja pulak...bagaimana sudey? bila mengganggur indahnya hidup x terperian.. x pernah puas dengan kehidupan.. apa yg dicari selain perempuan.. pastinya hiburan dan yg seakan akan...
tp adakah akan berkekalan..
belajar nya susah pak? bekerja pon susah buk? apa yg senang nya dok? tidur , makan dan tidur lagi..indahnya...kan nok?
Posted by
fedora core
Labels:
hal ehwal dunia
Saturday, June 21, 2008
at
9:27 PM
|

harga minyak naik.. salah siapa ...harga minyak naik? sayangkan si anak dipeluk2..syangkan isteri? sayangkan pemimpin disanjung2..sayangkan negara?
Posted by
fedora core
Labels:
hal ehwal dunia
|
|