Anwar Ibrahim menang besar, majoriti lebih 17,000
Intan, Nuha, Sabri, Nyza, Irwan & Nazru | Foto Nasir Sudin
Tue | Aug 26, 08 | 7:35:01 pm MYT

TERKINI! PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi.

8.00 malam: Kawasan yang dikhaskan untuk penyokong Umno di Maktab Perguruan Tengku Bainun dikatakan kosong dan ketika ini penyokong Pakatan Rakyat mendominasikan seluruh kawasan tersebut.

8.20 malam: Anwar dijangkakan mendapat kemenangan besar dengan majoriti melebihi penyandang lalu, Dato' Seri Dr Wan Azizah iaitu lebih 15,000 undi.

8.35 malam:Setakat pukul 8.30 malam, Anwar telah memperoleh 31,949 undi manakala Dato' Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 14,297 undi manakala AKIM menerima 74 undi.

Proses pengiraan di 28 pusat mengundi sedang dilakukan. Setakat ini kira-kira 70 peratus undian telah dikira.

Keputusan peringkat KeADilan ini diumumkan oleh Naib Presidennya, Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan PKR, di Pusat Operasi Utama parti itu di Penanti di sini.

Setakat ini keputusan hampur 20 daerah sudah diketahui dan Anwar menang hampir kesemua daerah itu.

8.40 malam:Keputusan tidak rasmi yang diterima adalah Anwar menang sebanyak 31,949 undi manakala calon BN mendapat 14,297 undi manakala calon bebas hanya 74 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 17,652 undi. - mr/mks.

(Berita lanjut menyusul)_
Posted by fedora core

0 comments:

Visit the Site