Saturday, June 28, 2008 at 5:57 PM | 1 comments  



Credit to http://kahkahkah.mnazman.com
1)Terberanak dalam lif

Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....

2) Think 1st b4 …

Sepasang suami isteri yg telah mempunyai 3 orang anak, sedang
berbual sambil menonton TV di dalam bilik mereka. Si isteri bertanya
kepada suami beberapa soalan.

* Isteri : Bang, kalau saya mati dulu, abang kahwin lagi tak?
* Suami : Abang rasa, abang mungkin kahwin lagi. Kerana,
anak-anak kita perlukan orang yang boleh beri perhatian. Makan minum abang
pun adalah orang yang sediakan.

* Isteri : Habis, kalau abang kahwin lagi, abang kasi ke dia
duduk rumah kita.
* Suami : Yelah. Sebab rumah ni mahal, takkan nak biar kosong
macam tu saja?

* Isteri : Abang kasi ke dia guna bilik, kita, toilet kita?
* Suami : Ya yang, sbb takkan abang nak buat bilik lain khas
untuk dia. Nanti bilik ni, membazir pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai almari kita?
* Suami : Ye yang, almari kita ada 4 pintu takkan nak bagi org
lain pulak.

* Isteri : Abang kasi ke dia pakai katil kita?
* Suami : Terpaksalah yang. Sebab katil kita tu baru je beli
sebulan.

* Isteri : Baju tidur saya, pijama dan towel saya?
* Suami : Takkan itu abang n bagi kakak & adik awak. Jadi, drpd tak dipakai, lebih baik kalau abang kasi dia aja.

* Isteri : Handbag saya, kasut saya, golf set saya?
* Suami : Itu tak boleh, sebab dia suka handbag kaler maroon, kasut dia saiz kecil drpd awak, saiz 5, golf set tak boleh sebab dia kidal...

* Isteri: @#$%????!!!!!
* Suami: (Dalam hati)Alamak!!

3) Satu hari di klinik swasta...

Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

4) Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Posted by fedora core Labels:



harga minyak naik..
salah siapa ...harga minyak naik?
sayangkan si anak dipeluk2..syangkan isteri?
sayangkan pemimpin disanjung2..sayangkan negara?
Posted by fedora core Labels:
Thursday, June 19, 2008 at 12:14 PM | 0 comments  

Posted by fedora core Labels:
Friday, June 13, 2008 at 4:12 PM | 0 comments  

Posted by fedora core Labels:

malam bulan semakin mengambang,sampaikan sinar sinar berwarna padang hampir2 meliputi kawasan khatulistiwa, ditambah dengan ketajaman sabit sabit yang berwarna laut muda yang mampu menengelamkan pemberat timbang dan kedatangan angin dari borneo menambahkan lagi ribut sambil disokong oleh pelancaran roket yg astronaut nya bermata sepet..

malam juga menyaksikan orang2 minyak berhenti dari menjadi org minyak dsebabkan harga minyak terlampau melampau , salah siapa?

Malam itu juga membuatkan ‘kaki tidur’ x dapat tidur, bising sana, bising sini ,sampaikan ke sinun dan ke sinin. Salah siapa?

Ada pengawal yang kaut untung, tp x Bantu org yg pakai kantung, sampaikan nak pergi ke bukit beruntung pon dah nak sakit jantung..salah siapa?

Putar pandai, pusing x pandai..last2 terlepas jugak..itulah malam geli mat..
lepas ni naik lagi, terus naik dengan alasan dari sana telah naik, yg dibawah, terus ke bawah, yg diatas takut nak turun bawah..selagi yg naik x turun dan yg nak turun x naik..
Posted by fedora core
Posted by fedora core

Ada seorang cikgu tadika yang tak
percaya wujudnya Tuhan. Dia pun
berfikir bagaimana hendak mempengaruhi
kanak-kanak di tadika tersebut supaya
tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba,
dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak
pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan
pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian
bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan
tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana
tujuannya untuk mempengaruhi kanak-
kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam
kumpulan kanak-kanak itu ada seorang
budak yang pintar yang bernama Amin
lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu
tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
Posted by fedora core
Visit the Site