Blog ini bukanlah bertujuan menyakitkan..malahan memberi penumpuan sepenuhnya tentang bagaimanakah seorang manusia berfikir dengan manusia yg lain(Tengoklah rambut saya)..jadi terimalah segala informasi yg tertera..jangan sesekali cuba untuk menyangkal fakta yang boleh mengoncangkan dunia sebelum esok tiba....karna dia seolah2 tidak bersedia untuk menghadapinya..

page counter
Posted by fedora core Labels:

Posted by fedora core Labels:
Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.
Message: Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.Drama/Filem Melayu
1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.


2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awe kkilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat home work ker? Pegi la tengok umah awek kilang katSungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialahjadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat. Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelangulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discussdengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. (Cover line kot).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.


Drama/Filem Cina.

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8.. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

10. Cerita Blue dia pun tak best. Awek mengerang jek lebih.

Drama/Filem India / Hindustan.

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2beradik terpisah. Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orangbaik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih ceritamesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang diatembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem baratmacam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh
' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla....bla....bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.
Posted by fedora core Labels:
1. Kalau mengantok bacalah teka teki ni....Dalam Banyak2 air, air apa yg paling berani? Ha.Ha. Ape bende tu? Kalau nak tahu, jawapannya ialah air kopi..eh.eh takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab diaberani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

2. Banyak-banyak binatang...binatang apa keluar haid...nak tau carisendiri... takdok eh..jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD..saja buat lawak..tak paham jugak.ala kepala le..

3. Dlm 1 pertunjukkan. . seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpkkakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku ygbrtaburan..dan x luka juga.. apabila selesai persembahan dia jln terhencut2 kerana terpijak tahiayam...hehehe. .... ok x ... lawak x...

3. Dlm bnyk2 binatang.... . binatang ape yg bertelur dan beranak..... ?kira 2 alam la niiii.....ha jawap2....nak tau jawapanye... ?siput babi laaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak.... kenape x percaye ye.....
4. Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?Jawapaaaaaaannya ialah Sungai Besi...Ha... ha...ha.. .lawak tak...alahhhh,lawaklah ye..
5. Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha..jawablah. saya bagi 2 saat............. ......... ......... ......... ......... ......... ......... .................. ......... ......... .....1
saat............ ......... ......... ......... ......... ......... ......... .................. ......... ......... .....2
saat ..oklah jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

6. Dlm banyak- banyak pokok, pokok apa yg baik hati?aku tak sanggup dah tengok >sure hampa teriak. kuaq ayaq mata ooo......
jawapan dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.
7. Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...kehkeh keh..jawab jgn tak jawab.. nak tau apa.huruf TA dan YA laa...kanjadi TAYAR tu..HEHEHE

8. Nih aku nak teka ni...kasut apa yang paling keras??haa.. pikiaq2.. apa?kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha. .lawak ka????

9. Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ..ahhh sape dapat jawab???? senang jer...tahu tak jawapannya?aahh jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe. nih antarapasangan bercinta lerrr .hehehehe


10. Ok aku nak tanya hampa. benda apa kalau naik tak turun dah?kui..kui..kui jwpn dia umuq la.ish...ish. ..ishhampa ni

11. Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan dmikian lagi. Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun jadi driver kereta jenazah... faham faham aje lah.

12. Cuba teka, mouse komputer , jantan ke betina? jawapannye betina ler.. pasal dia pakai pad.hehe

13. Dalam banyak banyak lembu,lembu apa yang semua petani cari,(any answer?).... ......... ......... ......... ......... ....... lembu yanghilang lah ngok. kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasallembu.

14. Hidupan apa didalam laut paling tua. jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut.. ha--ha--ha- -ha--

25. Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu... jawapan nyer: ikan sardin.sebab nyer dier duduk dlm tin..
Posted by fedora core Labels:


Kewujudan Antartika ditunjukkan lebih awal dalam peta purba sebelum benua ini ditemui pada 1820PETA Piri tidak sepatut wujud di dunia ini. Begitulah tanggapan logik ramai pihak berikutan ketika peta purba misteri ini dihasilkan, iaitu sekitar abad ke-16, manusia masih belum menemui Antartika. Bagaimanapun, sesuatu yang aneh dan membingungkan adalah peta itu memaparkan bentuk muka bumi Kutub Selatan beratus tahun lebih awal sebelum dijumpai manusia.
Bagaimana Antartika boleh tertera pada peta itu, sedangkan benua ini masih belum ditemui ketika peta itu dihasilkan? Adakah manusia pada zaman purba sudah berjaya sampai ke kawasan itu atau berjaya mencipta pesawat yang mampu terbang tinggi ke angkasa untuk melukis peta itu? Itulah antara persoalan membingungkan apabila memikirkan teka-teki di sebalik kewujudan Peta Piri. Misteri membabitkan Peta Piri yang memaparkan kawasan Amerika Selatan, pantai barat Eropah, Afrika Utara dan Antartika, terbongkar selepas dijumpai dalam Istana Topkapi, Istanbul, Turki, ketika bangunan itu ditukarkan menjadi muzium pada 1929.
Sejak dijumpai, misteri peta itu terus menjadi perhatian penyelidik yang bingung memikirkan bagaimana peta kuno itu menunjukkan Antartika yang sebelum ini direkodkan hanya ditemui buat pertama kali pada 1820. Peta itu dilukis Laksamana Turki, Hadji Muhiddin Piri Ibn Hadji Mehmed atau digelar Piri Reis pada 1513 dan tokoh itu menyatakan bahawa dia melukis peta itu berdasarkan beberapa peta purba yang ditemuinya. Lebih membingungkan ialah terdapat bahagian peta Antartika yang kelihatan seakan bentuk pesisir Queen Maud Land sebelum diliputi ais selama ratusan tahun hingga kini. Bentuk asal Queen Maud Land sebelum diliputi ais tebal hanya diketahui pada zaman moden, iaitu selepas peralatan seismografik moden dicipta. Bagaimanapun, Peta Piri lebih awal menunjukkan bentuk asal itu ratusan tahun lalu!
Penemuan itu menyebabkan ramai pihak mengandaikan bahawa terdapat tamadun pada zaman kuno yang mengetahui kewujudan Antartika, lebih awal daripada rekod penemuan manusia moden pada abad ke-19, malah lebih awal sebelum kawasan Queen Maud Land diliputi ais. Pelbagai persoalan mengenai peta itu menarik minat ramai penyelidik untuk mengkaji misteri yang terselindung di sebalik penghasilannya. Bingung dengan misteri berkenaan menyebabkan Profesor Charles H Hapgood dan beberapa pelajarnya di Universiti New Hampshire, mula mengkaji dengan teliti Peta Piri dan beberapa peta purba lain. Sebaik selesai, beliau menuliskan hasil kajian dalam bukunya, ‘Maps of the Ancient Sea Kings’ yang antara lain mencadangkan pada zaman purba, sudah wujud satu tamadun hebat dari segi sains dan teknologi yang menjelajah seluruh dunia purba dan menghasilkan peta muka bumi pada zaman itu. Teori Hapgood secara tidak langsung menyokong kewujudan Atlantis yang sering diceritakan sebagai tamadun futuristik yang memiliki pesawat terbang pada zaman purba. Seorang lagi pengkaji, Gavin Menzies, turut bersetuju dengan teori Hapgood, tetapi berpendapat bahawa tamadun hebat itu adalah China. Dalam bukunya ‘1421: The Year China Discovered America’, Menzies menyatakan pada zaman dulu, China sudah menjelajah ke seluruh pelusuk dunia dan menjumpai Antartika lebih awal daripada rekod penemuan moden pada 1820. Menurutnya, manusia pertama menjumpai Antartika adalah bangsa China, iaitu Laksamana Hong Bo yang melakukan pelayaran ke kutub selatan antara 1421 hingga 1423. Bagaimanapun, pihak yang mencurigai pandangan ini menafikan bahawa Antartika sudah ditemui dan dilakar dalam peta lebih awal dari 1820. Sebaliknya, mereka berpandangan bahawa pada zaman purba, pembuat peta akan melukis satu kawasan daratan di bawah peta sebagai `tekaan’ bahawa wujud satu dunia lain yang masih belum ditemui. ‘Tekaan’ itu kemudian secara kebetulan didapati benar-benar wujud di kawasan Antartika. Bagaimanapun jika secara kebetulan, bagaimana pula bentuk Queen Maud Land sebelum diliputi ais pada peta itu menyamai penemuan sains moden? Teori lebih radikal mengenai Peta Piri dikemukakan penulis, Eric Von Daniken yang mendapati bahawa bentuk muka bumi peta itu sebenarnya dirakamkan dari angkasa dan menyamai bentuk peta yang dirakamkan dari udara Kaherah, Mesir. Beliau mencadangkan bahawa peta itu dirakamkan dari UFO ketika makhluk asing datang melawat bumi pada zaman purba! INFO: Peta Piri
Kini ditempatkan di Perpustakaan Istana Topkapi di Istanbul, Turki tetapi jarang dipamerkan kepada umum.
Dijumpai dalam Istana Topkapi ketika bangunan itu ditukarkan menjadi muzium pada 1929.
Dihasilkan pada 1513 oleh Laksamana Turki, Hadji Muhiddin Piri Ibn Hadji Mehmed atau digelar Piri Reis.
Menimbulkan misteri apabila terdapat lakaran muka bumi Antartika sedangkan kutub selatan itu hanya dijumpai pada 1820.
Posted by fedora core Labels:


LAUT Mati, nama yang disematkan pada tasik garam dengan garis terpanjang 67 kilometer (km) dan titik lebarnya 18 km memang mengerikan. Apa tidaknya, warga Arab menyebutnya sebagai Bahr al-Mayyit yang bermaksud Laut Mati.Yang pasti, tiada ada satu pun makhluk boleh hidup di laut itu termasuk ikan. Ini kerana kadar garam di tasik yang terletak sekitar 420 meter di bawah permukaan laut - terendah di permukaan bumi- sangat tinggi.Kandungan garam di Laut Mati dianggarkan lapan kali lebih tinggi berbanding sebahagian besar laut di dunia. Dengan tingkat kemasinan setinggi itu, tentu tidak ada seekor ikan pun yang boleh hidup di laut berkenaan.Apabila disebut Laut Mati, ia pastinya dikaitkan dengan Jordan, iaitu sebuah negara berdaulat yang berada berhampiran dengan laut berkenaan.Jordan, pada satu masa dulu dianggap hambar kini menjadi antara pusat peranginan pilihan pelancong seluruh dunia. Negara itu kini menjadi tumpuan ahli perniagaan rantau Teluk dan juga anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang ingin lari daripada kemelut di Iraq.
Posted by fedora core Labels:


Atlantis, Atalantis, atau Atlantika (Yunani: Ἀτλαντὶς νῆσος, "pulau Atlas") adalah pulau legendaris yang pertama kali disebut oleh Plato dalam buku Timaeus dan Critias.Dalam catatannya, Plato menulis bahwa Atlantis terbentang "di sepanjang pilar Herkules". Atlantis merupakan kekuatan angkatan laut yang menaklukan Eropa Barat dan Afrika 9.000 tahun sebelum waktu Solon, atau kira-kira sekitar tahun 9500 SM. Setelah usaha menyerang Yunani yang gagal, Atlantis tenggelam ke dalam samudra "hanya dalam satu hari satu malam".Atlantis umumnya dianggap sebagai mitos yang dibuat oleh Plato untuk mengilustrasikan teori politik. Meskipun fungsi cerita Atlantis terlihat jelas oleh kebanyakan sarjana, mereka memperdebatkan apakah dan seberapa banyak catatan Plato diilhami oleh tradisi yang lebih tua. Beberapa sarjana mengatakan bahwa Plato menggambarkan kejadian yang telah berlalu, seperti letusan Thera atau perang Troya, sementara lainnya menyatakan bahwa ia terinspirasi dari peristiwa kontemporer seperti hancurnya Helike tahun 373 SM atau gagalnya invasi Athenasebenarnya..kewujudan tamadun atlantis ini telah lama cuba dikaji ..banyak teori, konspirasi mahupun ayat ayat basi cuba diketengahkan..apa yang pasti..belum ketemu lagi..teori mengatakan tamadun atlantis beribu tahun dahulu telah berjaya membangunkan teknologi yang setaraf atau lebih maju dari zaman sekarang..bayangkan beribu2 tahun dahulu sudah ada jet? bunyi yang mustahil..tp itulah hasil kajian saintis yg menemui kerangka2 dan melalui penulisan ahli falsafah terkenal iaitu Plato .Teori mengatakan atlantis terletak di :1) sekitar Eropah2) berhampiran segi tiga bermuda3) nusantara ( indonesia)teori paling kuat mengatakan di indonesia inilah tamadun paling berjaya dan maju pernah dihasilkan melalui dalil dalil seperti tanaman2 yg terdapat ketika itu seperti pokok pisang dan kelapa yg banyak terdapat di kawasan khatulistiwa seperti di indonesia...haha..to be continued
Posted by fedora core Labels:
Visit the Site